Friday, January 8, 2010

kau bunuh pembawa mesej itu!





perempuan itu kelihatan terlalu letih untuk meneruskan perjalanan.. namun dia terus melangkah dengan penuh senyuman di bibir.
kain bajunya lusuh,rambutnya tidak tersisir kemas, kakinya kotor akibat perwarna kuku yang tamat tempoh setelah berdekad lama...
badanya kurus dan lemah seperti air mukanya tetapi senyuman itu kekal di bibirnya.
langkah demi langkah, dia terhenti di satu lorong.

buntu*

dia tidak kekok, kelihatan tempat sebegitu pernah dia lalui. laluan yang kosong, sakit. seperti hatinya. kecewa dengan kehidupan yang bikin hati dia kosong dan agoni.
Dia punya segalanya satu ketika dulu.
kasih sayang, wang, cinta, impian, kerjaya, teman...

Nota lusuh yang sering di bawa bersamanya tercicir dari koceknya. Tertulis : Dunia telah mengubah segala-galanya, aku menberi, mereka menolak, menentang! kuasa mengawal kebebasan. wang mengaburkan hak bersuara, darjat menhadkan pilihan dan ego meletakkan aku sentiasa di bawah.

Pilihan yang dibuat menlaknati hidupnya. tidak punya keyakinan atau kepercayaan lagi terhadap pencipta bumi. lenyap dalam kabus yang tebal.

perutnya berbunyi minta supaya di penuhi, dia tidak berdaya untuk mengeluarkan not kertas yang bernilai untuk di tukar dengan hidangan yang bisa meringankan rontaan perutnya...berputus asa meminta-minta, merayu-rayu, meronta-ronta di samping manusia.

Satu hidangan enak turun dari langit. sedulang ayam masakkan kegemarannya, air minuman anggur ber-alkohol yang dia amat gemari, dan pencuci mulut kek keju sebagai penutup kekenyangannya. menikmati setiap kunyahan hidangan. tidak sedikit pun di biarin tumpah ke tanah, meratapi dengan cermat.

Begitu lah hari-hari yang di lalui olehnya..ber-imaginasi untuk menutup rasa laparnya. Imaginasi nya masih kuat seperti dulu, mungkin cuma itu yang tinggal untuk menemaninya setiap hari.

Dia berjalan seperti tiada penghujung, langkah demi langkah.
tanpa disedari, dia membawa diri kepada manusia liar. sekali lagi, dia di usik, ditarik, dihentam dan diperkosa oleh manusia.buah dadanya tidak lagi punya kain untuk bisa ditutupi. matanya terbuka,kosong seperti yang tinggal hanya tubuh tanpa jiwa. dia kelihatan tenang dan senyuman di bibir itu masih lagi kekal.
tubuhnya terbaring di rumput yang basah. Dia terus bangun mengesat peha yang dilelehi lendir dan tidak sedikit pun riaksi mukanya berubah.dia terus berjalan, tidak punya hala tuju...

di pertengahan jalan, tubuhnya yang lemah itu rebah ke bumi. dia ketawa girang. matanya berkilau, ada cahaya yang terpancar di balik awan. nafasnya ditarik, dihembus dengan lembut..sesuatu yang tidak jelas di bisikkan olehnya...di ikuti bentuk senyuman yang puas. tenang*

tubuhnya kaku. aku percaya, dia telah dibawa pergi oleh pari-pari malaikat. sesuatu seakan berlalu dihadapanku, menbisikkan bahawa jiwa kepunyaan tubuh yang kaku itu telah bebas. angin seakan setuju dengan apa yang telah di bisikkan di telingaku.


titik.

1 comment:

  1. hey...another good writing.strong message.good point.nice words but i prefer 7 minutes in heaven.provoking thought :)

    ReplyDelete